Skip to main content

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Pejabat Ombudsman bertanggungjawab mengendalikan aduan dan menjalankan siasatan dalaman yang teliti untuk mencari penyelesaian terbaik. Kami komited untuk membantu secara sulit, adil, dan tidak memihak, dengan matlamat untuk menjadi pengantara yang berkesan demi kesejahteraan semua warga kampus.

Setiap aduan yang kami terima amat dihargai kerana kami percaya ia membawa nilai konstruktif untuk menambah baik dasar, prosedur dan amalan Universiti. Tindakan yang diambil juga bertujuan untuk mencegah isu yang serupa berulang pada masa hadapan.

Kami mengalu-alukan semua warga Universiti untuk menggunakan saluran ini. Pejabat Ombudsman adalah ruang yang selamat untuk staf dan pelajar menyuarakan kebimbangan mereka tanpa rasa takut. Kami berjanji untuk sentiasa menjadi pendengar yang setia kepada setiap suara dalam komuniti Universiti ini.

PROFESOR  MADYA DR.MOHAMAD ZAILANI ABU BAKAR
OMBUDSMAN