Skip to main content
Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tanggungjawab pejabat Omnudsman adalah melibatkan penerimaan aduan serta penyelenggaraan proses inkuiri dalaman untuk mencapai penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan yang dibangkitkan.

Sebagai Ombudsman, saya bertindak dengan keadilan dan teliti dan bersedia membantu secara rahsia terhadap pelbagai isu dan kebimbangan yang diadukan. Pejabat Ombudsman tidak berpihak kepada mana-mana pihak dalam sebarang pertikaian, tetapi berusaha untuk memastikan proses yang adil demi kepentingan keselamatan dan kebajikan warga kampus, serta menjadi pengantara dalam komunikasi untuk mencapai penyelesaian yang memuaskan semua pihak.

Kami di Pejabat Ombudsman menghargai setiap aduan yang diterima dan kami percaya bahawa setiap aduan membawa nilai konstruktif yang dapat digunakan untuk meningkatkan dasar, prosedur, dan amalan universiti. Tindakan yang diambil pastinya bertujuan untuk mencegah berulangnya aduan atau isu yang serupa di masa akan datang.

Kami mengalu-alukan semua warga universiti untuk menggunakan saluran ini. Pejabat Ombudsman adalah tempat yang selamat di mana pelajar dan staf boleh berbincang mengenai isu-isu yang mereka hadapi tanpa rasa takut kehilangan hak sebagai individu. Kami berjanji untuk menjadi telinga kepada setiap suara dalam komuniti universiti ini.

MOHAMAD ZAILANI BIN ABU BAKAR
Ombudsman